Minggu lepas merupakan saat yang paling gembira buat kami sekeluarga.. Namun ia juga merupakan saat yang paling mencabar buat aku.
Bermula pada hari Khamis, 17 Ogos, isteri aku mengalami masalah air ketuban yang bocor. Hari Jumaat, doktor beritahu bahawa imasalah tu tak serius. Hari Sabtu aku pulak sibuk, ada Paintball game kat Bandar Sunway.. seronok juga cuma kena tembak kat pipi yang tak seronoknya...
Hari Ahad berehat kat rumah, keadaan isteria aku masih macam tu juga, setiap sejam terpaksa ke bilik air. Mak mertua aku sampai petang tu. Depa nak ke Mekah pada hari Selasa.
Pagi Isnin, 21 Ogos aku bawa isteri aku ke hospital untuk check. Doc suspect urine infection tapi bila check betul betul, rupanya water beg leakage. So terus dia suruh admit ke wad. Kelam kabut kami balik rumah ambil barang barang yang patut dan patah balik ke hospital.
Petang tu doktor start induce. Tak sakit sakit juga.. Esoknya tu nasib baik abang ipar aku dah balik dari assignment dia di Pakistan, so dia yang pi hantar mak n pak mertua aku ke KLIA. Petang Selasa tu masih tak sakit so doktor suruh hentikan induce. Dah 4 botol dah masa tu.
Masuk wad biasa, rehat. Pagi Rabu, sambung balik induce. Pukul 8.30 malam, doktor datang jumpa beritahu kalau air botol yang ke 7 ni dah habis tapi tak sakit juga, terpaksa la buat ceasarean. Dia tetapkan buat jam 7 pagi esoknya, Khamis. Pakar bius pun datang dan bagi penerangan samada nak ambil full GA atau epidural.
Malam tu pukul 11.30 malam bini aku start sakit. Dalam masa 2 jam baby boy dilahirkan pada jam 12.55 pagi, Khamis 24 Ogos 2006.
Nama baby tu Shariz Amir Hakim.