Tup tup dah bulan Ogos. Bebudak CMGTS pun dah habis training kat SC.. Aman sikit... Tapi dah kecoh pasal banyak pulak graduan yang masih menganggur. Our Chairman kena panggil ngan Menteri Kewangan II (MKII) dan diarahkan buat satu program untuk latih sekurang kurangnya 1,000 graduan menganggur dalam tempoh setahun ni... hmmm kerja lagi.. so last 2 weeks sibuk prepare paper untuk MKII. Dah submit dah Jumaat lepas tapi tak tau la dia nak approve ke tak budget RM2.7 juta yang diminta tu...
Last week was quite a busy week. Parent aku arrive KL on Monday petang. Adik aku yang kerja nurse kat Taiping tu pun sampai petang tu. Bini aku pulak ada meeting kat HQ BCB, selalunya balik naik Putra LRT dan aku ambik kat stesen Kelana Jaya. Petang tu juga Putra LRT buat hal, ada train sangkut dalam terowong, stesen Masjid Jamek kena tutup. Terpaksa la dia naik teksi ke TTDI, aku pi ambik kat sana. So 3 trip aku ambik orang hari tu, nasib baik aku cuti.
Pagi rabu gi hantar parent aku ke KLIA jam 3.00 pagi sebab depa nak pi umrah. Balik rumah dah dekat pukul 6.00 pagi. Lepas tu terus ke ofis... memang ngantuk giler.
Jumaat, mak mertua aku lak sampai. Abang ipar aku belanja makan kat Wafaa Seafood, Kg Melayu Subang. Ikan siakap stim limau cili padi dia memang sedap. Siakap tiga rasa pun sedap.
Sabtu, bawa bini aku ke Pantai Medical Centre, check up. Lepas tu bawa Ammar jumpa dentist. Gigi geraham dia kena cabut sebab gusi dah bengkak.. Kesian juga tengok dia nangis masa kena cucuk tu.. sampai terkencing dalam seluar la. Iqa pulak kena suruh keluar masa nak cabut gigi Ammar taku dia trauma. lepas Ammar, dia pun masuk balik, pucat giler.. Nasib baik gigi dia tak ada yang sakit walaupun banyak yang dah rongak..
Balik dari dentist singgah Tesco beli barang. Ammar minta dibelikan CD Power Ranger sebagai upah cabut gigi. Hantar budak budak balik rumah, terus ke Kepong, ada kenduri kahwin Zainal Akla @ Enal, junior kelab kenu UUM.
Petang tu, bapa mertua aku ajak pi Puchong, dia nak beli lampu garden. Ada satu kedai lampu yang aku tau harga dia cukup murah. Dekat dengan TESCO Puchong. Nama kedai tu Top Ten. Dia beli 5 lampu garden jenis spot light.. Alamat 31 Ogos ni aku kena balik Batu Pahat buat wiring untuk lampu lampu tu la...